Tentang Kami & Lokasi

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia kepada pelanggan yang di hormati.

Kami menjalankan Perusahaan Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan sedia menerima tempahan Bahulu (pelbagai jenis), Kuih Tiram dan sebagainya untuk dijadikan Majlis Hantaran Perkahwinan,Pertunangan,Hari Jadi, Majlis Keramaian dan sebagainya.

Pelbagai jenis bahulu dan rasa  kami sedia tawarkan kepada saudara/saudari pada harga yang sangat berpatutan. Antara produk keluaran syarikat kami adalah Bahulu Asli, Bahulu Choc Rise, Bahulu Pandan, Bahulu Berinti Nenas, Bahulu Berinti Strawberry, Bahulu Berinti Coklat, Bahulu Berinti Kaya &Bahulu Berinti Nenas.  Di samping itu juga kami menyediakan beberapa jenis produk lain iaitu Kuih Tiram, Kuih Bingka & Batu Karang.

Kami sedang berusaha memenuhi permintaan pelanggan dan sedang mempertingkatkan lagi pengathuan dan pengeluaran untuk produk2 bahulu yang lain.  Insyaalah, bermula tahun hadapan beberapa jenis produk terbaru dari kami akan menemui anda di pasaran dan membantu anda memilih yang mana sesuai dengan bajet anda.

Untuk butiran lanjut tentang produk yg kami tawarkan, sila teruskan melayari muka surat yang seterusnya atau pun layari Bahulu Mak Esah (Official).  Boleh juga terus menghubungi kami melalui Facebook, Blog, email atau terus menelefon kami untuk tindakan segera.

Latar Belakang

Bahulu Mak Esah telah beroperasi bermula Februari 2011 di  Kampung Sri Kinta, Ipoh Perak.  Menggunakan resepi turun temurun dan di perkemaskan lagi dengan penggunaan alatan teknologi terkini bagi memenuhi permintaan.  Bermula operasi dengan hanya sebuah mesin pengadun & oven kini Perniagaan Bahulu Mak Esah mula menjadi sebutan di bibir ramai pelanggan.  Bahulu Asli (Cermai) amat terkenal dan menjadi permulaan kepada perniagaan ini.  Mendapat tempahan dari kawasan setempat, kini tempahan turut diterima bukan hanya dari sekitar bandaraya Ipoh malahan juga tempahan dari sekitar lembah Klang.

Peniagaan ini telah di tambah nilai dari masa ke semasa dengan meningkatkan kepelbagaian jenis bahulu bagi memberi pilihan kepada pelanggan.  Di samping itu juga kami turut mengeluarkan produk-produk lain seperti Kuih Tiram, Kuih Bingka, Batu Karang (Ala-ala Muruku).

Tempahan bahulu kini telah berjaya menambat hati masyarakat Melayu khususnya bukan sahaja apabila tiba musim perayaan, majlis perkahwinan atau keramaian tetapi menjadi juadah di waktu petang untuk seisi keluarga dan tetamu yang bertandang di rumah.

Kini dengan kehadiran pelbagai inovasi dan citarasa bahulu yang diperbaharui, kami percaya permintaan terhadap kuih bahulu akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.  Kuih Bahulu kuih tradisi turun temurun masyarakat Melayu.



Daftart Syarikat SSM

Perniagaan Bahulu Mak Esah telah di daftar di atas
Nama Syarikat : ME Asia Enterprise
No Pendaftaran : SA0208254-M
Alamat : No 49, Jalan 13, Kg Sri Kinta, Ipoh, Perak.
Telefon : 05-3225436 (Main)
Email : measiaenterprise@gmail.com
GPS Kordinat : 4.565559, 101.066904


Kini anda boleh mencari lokasi kami terus dari google map.  


Lihat Peta Lokasi Bahulu Mak Esah dalam peta yang lebih besar.